Monday, November 16, 2009

Kem Jati Diri 3

Friday, November 6, 2009

Mari berkorban di Palestin

Ikhwah/at yang disayangi.
tersentuh hati ini bila mengenang penderitaan saudara/ri kita di Palestin. Jika kita dihari raya nanti bergembira bersama keluarga sambil menikmati juadah raya yang berbagai rasa, ditambah pula bersama-sama bergotong royong melakukan ibadah korban di masjid atau disurau-surau bagaimanakah pula suasana dan keadaan saudara kita di sana?.....sejauh mana susahnya kita masih belum menyamai deritanya mereka. Jika kita setiap hari kita makan daging, ayam, ikan dan sebagainya, sudah tentu mereka di sana hanya menjamah makanan yang tak seberapa. Marilah.....kita merasai dan berkongsi susah senang bersama mereka. Tunjukkan rasa kebertanggungjawaban kita terhadap mereka. Sempena Hari Raya Korban ini kita pakat-pakat keluar belanja untuk mereka merasai kemanisan daging dihari raya ini.
Sertailah program korban di Palestin anjuran Aman Palestin berhad dengan menyertai tawaran dari mereka semampu kita. Sedekah korban RM350, seekor kambing RM900 dan sebahagian lembu RM1000.
Sila layari laman : http://amanpalestin.net/

Tuesday, November 3, 2009

Bala bencana & musibah

Assalamualaikum…


Salam satu perjuangan. Semoga Ikhwah/at berada dalam lindungan Allah….ramai dikalangan kita yg mungkin tidak mengendahkan atau mahu ambil peduli mengenai sesuatu perkara yang berlaku, terutamanya ketika berlaku musibah atau malapetaka.

Jika kita melihat apa yang berlaku terbaru ini seperti ribut taufan, banjir, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya, itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah terhadap manusia. Tetapi sebahagian manusia menganggap apa yang berlaku itu hanyalah kitaran alam biasa tanpa mengambil pengajaran dan iktibar walau sedikit.

Bagaimana di dalam al-Quran sendiri menceritakan kepada kita mengenai banyaknya peristiwa-peristiwa kahancuran alam dan umat sebagai iktibar buat umat terkemudian. Hancurnya umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan oleh banjir besar, umat Nabi Luth yang ditenggelamkan bumi, (kaum ‘Aad) umat Nabi Hud dimusnahkan dengan ribut yang berlanjutan selama 8 hari 7 malam, (kaum Tsamud) umat Nabi Salleh dimusnahkan dengan petir yang amat dahsyat, (firaun dan tenteranya) umat Nabi Musa yang ditenggelami laut dan sebagainya. “ (kami lakukan yang demikian) untuk kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran”(al-Haaqqah : 12). * sila hayati surah al-Haaqqah ayat 1 hingga 12 dan surah as-Syu’araa’.

Allah menurunkan bencana ini kepada 3 golongan :

  1. Orang-orang yang taat : sebagai ujian untuk meningkatkan darjat mereka
  2. Orang-orang yang lalai : sebagai peringatan agar mengingati Allah
  3. Orang-orang yang engkar kepada Allah : sebagai azab dan siksa.

Namun bagi kita, tidak sepatutnya menghukum penduduk yang ditimpa musibah itu sebagai kaum yang derhaka lantas ditimpakan bala bencana ke atas mereka oleh Allah. Boleh jadi diantara mereka ada yang taat dan soleh. Ambillah dan jadikanlah ia sebagai pengajaran dan ujian di atas apa yang berlaku itu, agar kita tidak derhaka kepada Allah. Diantara maklumat yang saya perolehi, penduduk di Gunung Tandik, Padang, amat mempercayai amalan kurafat. Ilmu kedukunan menjadi amalan biasa mereka, samada untuk melariskan jualan, sedap makanan dll. Perjudian, minum arak, wanita yang berpakaian mendedahkan aurat, golongan lelaki yang hanya duduk di rumah manakala wanita pula yang keluar bekerja. Penduduk sudah tidak menerima dakwah kerana tanggapan mereka dakwah hanya untuk orang kafir, masjid dan surau kosong dan lengang tidak diimarahkan.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali b. Abi Thalib : telah bersabda Rasulullah s.a.w : “ jika umatku melakukan 15 perkara yang berikut ini, niscaya bala bencana akan menimpa mereka”. Para sahabat lalu bertanya : “ apa itu wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda :

  1. Jika harta rampasan perang itu bertukar tangan.
  2. Jika amanah dikira suatu keuntungan.
  3. Jika zakat dianggap sebagai denda (dikeluarkan secara terpaksa).
  4. Jika lelaki terlampau tunduk kepada isteri.
  5. Jika ramai orang menderhaka kepada ibu.
  6. Jika orang terlampau patuh kepada teman.
  7. Ayah sendiri dihampakan dan disia-siakan.
  8. Jika orang suka bertengkaran di dalam masjid.
  9. Apabila orang yang rendah maruahnya menjadi ketua sesuatu kaum.
  10. Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya.
  11. Apabila minuman keras tersebar luas.
  12. Apabila ramai orang memakai kain sutera.
  13. Apabila penyanyi-penyanyi wanita diutama dan diagungkan.
  14. Apabila alat-alat muzik banyak digunakan.
  15. Apabila umat hari ini mengutuk (mencaci) umat sebelumnya.

Apabila hal-hal serupa ini telah berlaku, maka tunggulah ketika itu akan tibanya angin panas, atau bahaya-bahaya lain umpama gempa bumi dan penukaran corak dan rupa”. Diriwayatkan oleh at-Tarmizi, seraya berkata : hadis ini adalah gharib, yang hanya diriwayatkan dari Saidina Ali b. Abi Thalib semata.

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah di dalam al-Quran “telah jelas berlakunya kefasadan dan kerosakan di daratan dan di lautan kerana tangan-tangan manusia itu sendiri…..”. Semoga kita yang mengaku beriman kepada Allah ini kembali berpegang dan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Lakukan muhasabah ke atas diri kita, ahli keluarga dan masyarakat. Banyakkan memohon agar Allah memberikan kekuatan untuk melakukan ketaatan.

Sehingga bertemu di lain masa. Wassalam.