EMAS

Semua tempahan dan pembelian hubungi/sms :
019-3079306 (Ust Rizal)
___________________________________________________
“Emas alat takwa taqarrub kepada Allah”
“Tengok Emas ingat syurga, Tambah amal giat takwa”
“Alirkan Dinar dan Dirham, tinggikan syiar dan Islam”
“Kenapa Emas dan Perak, supaya ekonomi umat berdiri tegak”
“Kenapa Dinar dan Dirham, untuk menumpas kapitalis yang kejam”
Bar dan Dinar Emas Amsyiq
mari perkukuh ekonomi umat Islam.

Sabtu 22 Jan, Amsyiq Gold Enterprise telah melancarkan bar Amsyiq yang keberatannya 10 gram dan puritynya 999.9. Terdahulu dari itu Panel Syariahnya Syeikhulmaqari Hj. Othman bin Hamzah telah menyampaikan ceramah dan taklimat khasnya mengenai “Emas meningkatkan ekonomi umat”. Beliau menyarankan betapa perlunya umat Islam menyimpan emas untuk melindungi kekayaan mereka.

Ust. Othman berkata; jangan bergantung kepada wang kertas atau fiat money kerana ia tidak bersandarkan kepada apa-apa nilai. Yang pastinya ia hanya mengikut dolar. Dolar sedang menuju kepada kejatuhannya. Kalau umat Islam menukar wang mereka kepada emas dan mengalirkan Dinar dan dirham sudah tentu dolar akan hilang nilai. Kita tidak perlu angkat senjata menumpaskan kuasa kapitalis dunia ini. Hanya dengan emas.

Malangnya negara-negara umat Islam yang memberi nafas ekonomi kepada Amerika yang sedang dibelit hutang ini. Kita beri sumber bumi kita kepadanya seperti getah dan minyak. Mereka hanya memberi Negara umat Islam kertas yang diberi nilai. Sikap umat Islam yang suka tunggu dan lihat membahayakan diri mereka. Nanti apabila duit telah hilang nilai barulah nak sedar. Dah terhantuk barulah terngadah.

Beliau juga mengingatkan seruan kepada emas dan dinar bukan sekadar bisnes, tetapi dakwah agama. Fiat money ada unsur ribawi . Ia hanya kertas janji atau hutang. Matawang Islam mestilah “ain” itu sendiri bernilai. Sebab itulah Rasulullah menjadikan matawang Islam emas dan perak. Pada Syafei membayar zakat dengan"ain" gandum, emas, perak dan sebagainya.

Bukan wang kertas yang hanya atas angin. Sistem mata wang sekarang meneruskan sistem penjajah dan penerusan kepada sistem riba. Sistem yang tiada keadilan. Orang yang susah yang perlu bantuan diajak meminjam dalam sistem bank hari ini samada sistem kovensional dan Islamik, tetap mengenakan lebihan.

Tidakkah maksud syarak dalam pengharaman riba supaya tidak ada tambahan yang akan menzalimi orang yang susah. Sepatutnya “Bertolong-tolongan atas perkara kebajikan dan takwa dan jangan bertolongan diatas perkara dosa dan permusuhan". Kalaulah bank menyimpan banyak dinar. Dengan menyimpan dalam simpanan, dan pada yang sama memberi pinjam orang susah. Dinar tersebut sama sahaja nilainya samada dalam simpanan bank atau pada tangan peminjam. Bila ia memulangkan semula dinar, nilai dinar adalah tetap sama mengikut harga semasa emas.

Mengalirkan dinar dan dirham pula adalah menghidiupkan matawang sunnah. Mengamalkan sunnah sudah tentu ada berkatnya. Kuasa beli dinar tidak berkurang seperti kuasa wang kertas. Wang kertas dimamah oleh inflasi contohnya RM 10 sepuluh tahun lalu tidak sama kuasa belinya deangan RM 10 hari ini. Sebaliknya sunnah membuktikan 1 Dinar di zaman Rasul boleh membeli seekor kambing. Hari ini I Dinar tetap boleh membeli seekor kambing.

Ust. Othman menambah lagi, dari segi ekonomi emas disimpan akan naik nilainya. Bagi mereka yang menjadi dealer menjualnya kepada orang lain adalah dakwah ekonomi dan perbezaan harga menguntungkan mereka. Keuntungan akan berganda apabila mereka mendapat diskaun secara segera dalam setiap pembelian, bukannya komisyen (bertangguh) yang menyebabkan dealer akan tertunggu-tunggu.

Akhirnya Ust. Othman mengajak para tetamu yang dianggarkan hampir lapan puluh orang itu menyertai AGE sebagai pelanggan, sebagai dealer dan sebagai rakan kongsi AGE. “Marilah kita meningkatkan ekonomi dan melindungi ekonomi kita melaui AGE” ujarnya